Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan perlawanan persahabatan

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak kebangsaan Brunei Darussalam dan Sri Lanka di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, malam tadi.

    Sejurus keberangkatan tiba, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Dalam perlawanan yang diadakan sempena FIFA Days itu, Azwan Ali Rahman menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus membawa kemenangan kepada Brunei Darussalam.

    Pasukan negara mencatatkan satu kejayaan penting selepas meraih kemenangan ketiga berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah mereka.

    Kemajuan Brunei diperlihatkan lagi selepas mengekalkan rekod bersih berturut-turut buat kali pertama.

    Kapten pasukan Brunei, Azwan Ali Rahman turut mengambil langkah besar ke arah mencapai kejayaan menjaringkan gol sepanjang zaman dengan gol antarabangsa ketujuhnya.

    Pemain DPMM FC itu kini menjadi penjaring gol negara kedua terbanyak di belakang Shahrazen Said dengan lapan gol.

    Dalam perlawanan malam tadi, pasukan pelawat tidak dapat mengatasi sepakan sudut Mohammad Hakeme Yazid bin Said apabila Azwan Ali Rahman dengan gembira memanfaatkan peluang dan menjaringkan gol.

    Usaha Sri Lanka untuk menyamakan kedudukan nampaknya gagal apabila pemain tengah, Dillon Senan De Silva membuat hantaran silang rendah ke dalam kotak penalti yang disambut dengan rembatan oleh Wade Darren Dekker, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Brunei, Muhammad Haimie bin Abdullah Nyaring.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyaksikan perlawanan persahabatan antara Sri Lanka dengan Brunei Darussalam kelmarin. – GAMBAR MUIZ MATDANI
    GAMBAR MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda