Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden, Harris umum potongan harga ubat AS

    WASHINGTON, 15 OGOS – Joe Biden berkongsi kemenangan ekonomi penting dengan calon presiden Demokrat, Kamala Harris hari ini, selepas memperoleh potongan harga ubat yang boleh memberikan kesan positif kepada pengundi Amerika Syarikat (AS) yang bimbang tentang kos sara hidup.

    Presiden berusia 81 tahun dan naib presiden berusia 59 tahun itu mengumumkan perjanjian tersebut ketika mereka bersedia untuk membuat penampilan bersama pertama mereka sejak keputusan mengejut Biden untuk menarik diri daripada pilihan raya presiden kurang sebulan lalu.

    Perjanjian ‘bersejarah’ dengan pembuat ubat ini akan mengurangkan harga 10 ubat utama bagi warga emas, yang digunakan untuk merawat keadaan seperti diabetes, kegagalan jantung dan pembekuan darah, kata mereka dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

    Perjanjian itu akan menjimatkan golongan warga emas AS sebanyak AS$1.5 bilion dan skim insurans kesihatan persekutuan Medicare sebanyak AS$6 bilion pada tahun pertama, tambah kenyataan tersebut.

    Walaupun perjanjian itu merupakan idea Biden, beliau telah memilih untuk berkongsi kejayaan tersebut dengan Harris ketika beliau meningkatkan usahanya menentang calon Republikan, Donald Trump menjelang pilihan raya November. – AFP

    Biden semasa bercakap di Rumah Putih. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda