Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BILIF anjur program pembangunan libatkan tokoh korporat

    Oleh Yusoff Omar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Brunei Institute of Leadership & Islamic Finance (BILIF) telah menganjurkan Program Pembangunan Pengarah (DDP) yang disertai oleh beberapa tokoh korporat terkemuka membincangkan topik-topik pengurusan yang menarik pada 28 Ogos yang laludi Radisson Hotel, Brunei.

    Program bertemakan Forging a Future of Impact: Board Leadership for a Sustainable Tomorrow ini menekankan peranan penting kepimpinan ahli lembaga pengarah dalam memupuk kelestarian dan memacu perubahan yang bermakna terutamanya dalam dunia korporat. Program ini meneroka beberapa topik utama, termasuklah penyesuaian tadbir urus korporat dalam memenuhi keperluan kelestarian yang semakin berkembang, kepentingan menyelaraskan kepakaran ahli lembaga pengarah dengan objektif organisasi, dan peranan visionari mereka dalam membentuk strategi untuk kelestarian jangka panjang dan impaknya terhadap sosio-ekonomi.

    Program berkenaan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Haji Afero Eswandy bin Haji Mohamad yang menekankan kepentingan untuk menangani cabaran-cabaran utama seperti keseimbangan antara keuntungan dan tanggungjawab sosial, serta memperkukuh peranan pengarah sebagai inovator strategik.

    Haji Afero Eswandy semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

    Program berkenaan diteruskan dengan sesi panel mengenai Corporate Governance: Adapting to the Sustainability Agenda yang diketuai oleh Pengurus Kanan BILIF, Dayang Ida Nazrena binti Haji Bujang. Turut menyertai sesi panel berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Minority Shareholders Watch Group (MSWG), Malaysia, Dr Ismet Yusoff; Pengarah Piawaian Profesional & Kelayakan, Securities Industry Development Corporation (SIDC), Salleh Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Consumer Banking, Baiduri Bank Berhad, Manuel Bulens.

    Seterusnya, satu lagi sesi panel diadakan dengan tajuk Board Fit: Round Holes and Square Pegs yang diketuai oleh Penasihat Kanan Hal Ehwal Undang-Undang, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Pengiran Nina Jasmine binti PLKDR Pengiran Haji Bahrin dan disertai oleh Dr Ismet Yusoff; Penolong Pengarah Urusan, Brunei Investment Agency, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman dan Pengarah Bebas, Baiduri Finance Berhad, Awang Haji Shazali bin Dato Haji Sulaiman.

    Atas & Bawah: Antara yang menghadiri sesi panel yang diadakan.

    Program diakhiri dengan sesi panel bertajuk Forging a Future of Impact: Board Leadership for a Sustainable Tomorrow yang diketuai oleh Ketua Pegawai Pematuhan, Standard Chartered Brunei, Angela Lew. Program berkenaan turut menampilkan Profesor Madya Kanan Adjung, School of Business and Economics, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Awang Muhammad Jamil Abas Bin Abdul ‘Ali @ James Chiew dan Mohd Radzuan Ahmad Tajuddin.

    BILIF, sebagai sebuah pusat kecemerlangan bagi industri kewangan di negara ini, sentiasa giat menjalankan misinya untuk membentuk pemimpin, pakar dan pemacu inovasi masa depan terutama dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan melalui program dan acara bertaraf antarabangsa.

    Gambar ramai Haji Afero Eswandy dan sebahagian peserta program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN BILIF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda