Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bintulu tuan rumah sambutan Hari Malaysia peringkat S’wak

    KUCHING, 22 OGOS – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan  di Lasar Kenyalang, Lapangan Terbang Lama Bintulu secara fizikal pada 16 Sept ini dan dijangka dihadiri 5,000 jemputan.

    Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom yang bertanggungjawab untuk sambutan itu berkata ia penting bagi memperingati peristiwa bersejarah pada 16 Sept 1963.

    “Justeru itu, marilah kita suburkan patriotisme tanpa berbelah bahagi bagi merealisasikan masa depan yang makmur ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri dan kibarkanlah Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan atau kediaman bagi memeriahkan sambutan ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir pada sambutan itu.

    Rundi juga berkata Hari Malaysia 2022, yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama, amat signifikan dalam memperingati perjuangan para pemimpin terdahulu. – Bernama

    Penunggang basikal melintasi Jalur Gemilang yang berkibar menghiasi kawasan Taman Perumahan Awam Bukit Kuda di Labuan pada 20 Ogos lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...