Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Trofi Piala Dunia dipamerkan di Seoul

    SEOUL, 22 OGOS – Trofi Piala Dunia FIFA bakal dipamerkan di Seoul sebagai sebahagian daripada siri jelajah menjelang kejohanan bola sepak terulung itu, menurut pihak penganjur. 

    Siri jelajah itu dikendalikan Coca-Cola dan singgah di Seoul selama dua hari bermula Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap. Trofi itu akan dipertonton kepada media pada Rabu.

    Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan Paulo Bento akan menghadiri majlis itu bersama dua legenda bola sepak Korea Selatan Cha Bum-kun dan Park Ji-sung. Trofi berkenaan akan dipamerkan di pusat beli-belah popular, Hyundai Seoul pada Khamis. Buat julung kali, trofi itu bakal dibawa menjelajah 51 negara termasuk 32 negara yang menyertai kejohanan itu.

    Kejohanan dunia itu bakal diadakan di Qatar bermula 20 November sekali gus menjadi negara Timur Tengah pertama menganjur acara berprestij itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...