Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Bocey masih bernyawa

    Suatu ketika dahulu, kumpulan Bocey yang dianggotai Achey, Fad dan Allahyarham Abam  sering menjadi sebutan termasuk menghiasi kaca televisyen menerusi pelbagai program untuk tatapan penonton seluruh negara.

    Kombinasi ampuh antara trio pelawak itu berjaya menghibur penonton dengan telatah jenaka spontan yang ditampilkan sejak menyertai program TV berbentuk pertandingan komedi sehingga mencipta fenomena tersendiri.

    Namun, sejak pemergian arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 2020, Bocey seolah-olah hilang dari radar industri hiburan.

    Tampil menjelaskan keberadaan Bocey, Achey yang membolosi dua kategori, Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 menegaskan tetap utuh biarpun kurang mendapat undangan stesen TV.

    Achey berkata, kebanyakan pegawai perhubungan awam atau pengurus acara bagi syarikat korporat tidak tahu dia dan Fad boleh menjadi pengacara, menyanyi termasuk menghibur.

    “Jadi, kami jarang dapat jemputan dalam mana-mana acara dan mungkin disebabkan itu, nama Bocey agak tenggelam. Sepanjang lebih 10 tahun dalam industri, masih ada pihak yang tidak tahu kami boleh buat ‘job’ seperti itu.

    “Bocey masih ada dan tiada istilah berhenti membawa nama kumpulan ini. Mungkin disebabkan tidak banyak cerita mengenai Bocey keluar selepas arwah Abam meninggal dunia.

    “Apa yang saya mahu katakan, Bocey tetap ada dan kumpulan ini menjalankan aktiviti komedi seperti biasa,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Bocey masih ada dan tiada istilah berhenti membawa nama kumpulan lawak popular ini walaupun tanpa arwah Abam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...