Friday, May 17, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Shawn Mendes, Camila Cabello berpisah kali kedua

    Percubaan pasangan penyanyi, Shawn Mendes dan Camila Cabello kembali sebagai pasangan kekasih berakhir dengan perpisahan buat kali kedua.

    Daily Mail melaporkan, Shawn dan Camila kembali bercinta sejak enam minggu lalu dan kali terakhir dilihat bersama ketika hadir menyaksikan konsert penyanyi Taylor Swift pada 26 Mei lalu.

    “Shawn dan Camila banyak mempunyai kenangan bersama dan mereka cuba menjalinkan hubungan sekali lagi.

    “Tapi ia bukan sesuatu yang serius sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing,” kata sumber.

    Difahamkan bahawa Shawn dan Camila baharu sedar yang mereka tidak sesuai menjadi pasangan kekasih dan disebabkan itu kedua-dua penyanyi itu mahu membuka lembaran baru.

    “Mereka sedar bahawa nampaknya ini adalah kesalahan mereka untuk mencuba memperbaiki hubungan.

    “Kenyataan Shawn dan Camila menyedari bahawa mereka tidak sesuai menjadi pasangan kekasih dan ingin membuka lembaran baru dalam hidup,” ujarnya.

    Untuk rekod, Shawn dan Camila mula menjalin hubungan cinta pada Julai 2019 dan memutuskan hubungan mereka pada November 2021. – Agensi

    Shawn dan Camila sekali lagi berpisah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...