Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buaian tertinggi tawar ‘pengalaman mendebarkan’

    BERLIN, 13 OGOS – Pascal Vent ketawa gugup ketika dia memandang ke bawah dari tarikan pelancong terbaharu di Berlin, iaitu sebuah buaian di atas blok menara 40 tingkat.

    Dikenali sebagai buaian tertinggi di Eropah, buaian itu terletak di atas sebuah hotel bersebelahan menara TV terkenal di Berlin dan merupakan cara baharu untuk menikmati pemandangan bandar dengan pengalaman mendebarkan.

    Setelah diikat dengan abah-abah, pelanggan ditolak ke hadapan sehingga apabila mereka berada di titik tertinggi buaian, tidak ada apa-apa yang wujud di antara mereka dan tanah 120 meter di bawah.

    “Selepas beberapa ayunan pertama, awda akan terbiasa dengannya dan merasa bebas,” kata Vent, seorang pekerja media yang ingin mencuba buaian itu sempena ulang tahunnya yang ke-36.

    “Saya datang ke sini untuk merasa lebih muda,” katanya.

    Buaian itu, yang mengenakan bayaran sekitar AS$22 untuk lima minit, telah menarik lebih 100 pengunjung sehari sejak dibuka pada Jun.

    Victoria Voigt, seorang pekerja penjagaan berusia 34 tahun, mengetahui mengenai tarikan itu melalui media sosial. “Rasanya seperti terbang,” katanya.

    Wendy Sorice, seorang pekerja hotel berusia 30 tahun, menyifatkan pengalaman itu sebagai pengalaman mendebarkan dan berkata dia dengan senang hati boleh melakukannya lebih lama daripada lima minit. – AFP

    Sorice ketika berayun 120m di atas bumbung sebuah blok menara di Berlin, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda