Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    California lulus rang undang-undang kawal AI

    SAN FRANCISCO, 29 OGOS – Rang Undang-undang (RUU) yang bertujuan mengawal selia model kecerdasan buatan (AI) telah diluluskan oleh Dewan Undangan California hari ini, meskipun mendapat kritikan hebat bahawa ia mungkin akan menyekat perkembangan teknologi tersebut.

    Senator negeri dari Parti Demokrat, Scott Wiener, yang menaja rang undang-undang itu menyatakan, “SB 1047 – rang undang-undang keselamatan AI kami – baru sahaja diluluskan di Dewan Perhimpunan. Saya bangga dengan pelbagai gabungan di belakang rang undang-undang ini – gabungan yang menaruh kepercayaan kepada inovasi dan keselamatan.

    “Kita perlu memastikan keselamatan dalam inovasi, dan rang undang-undang ini adalah langkah ke arah itu. Saya bangga dengan sokongan meluas yang kami terima,” kata Wiener selepas rang undang-undang itu diluluskan.

    RUU itu bagaimanapun menghadapi tentangan daripada kalangan ahli Kongres Amerika Syarikat yang berpandangan bahawa ancaman langkah-langkah hukuman yang dicadangkan ke atas pemaju dan pencipta dalam bidang AI yang masih baru ini akan menyekat potensi inovasi.

    Bagaimanapun, usaha itu menerima sokongan bersyarat daripada tokoh teknologi terkenal, Elon Musk, yang menyatakan bahawa meskipun terdapat kebimbangan terhadap impak rang undang-undang ini terhadap inovasi.

    Langkah kawal selia tetap diperlukan bagi menangani risiko AI terhadap masyarakat umum.

    “Ini adalah keputusan yang sukar dan mungkin tidak menggembirakan semua pihak, tetapi ia perlu untuk masa depan,” kata Musk melalui akaun platform media sosialnya, X, pada Isnin.

    Dengan kelulusan tersebut, RUU itu kini menunggu untuk ditandatangani oleh Gabenor California, Gavin Newsom. – AFP

    Wiener, semasa memerhatikan proses pengundian oleh Senat mengenai satu usul di Capitol, Sacramento, California, pada 11 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda