Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Canberra hadapi gelombang baharu

    CANBERRA, 28 JUN – Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 di wilayah itu, lapor Xinhua.

    Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT) Rachel Stephen-Smith mendedahkan bahawa wilayah itu sedang berdepan ancaman gelombang jangkitan COVID.

    “Kami menyaksikan peningkatan bilangan kes jangkitan, dan dijangka berpotensi mencetuskan gelombang COVID-19 pada musim sejuk bermula Julai dan berlanjutan hingga Ogos,” katanya dipetik Canberra Times pada Selasa.

    “Kami menyedari perkara itu dan kami terus memantau bilangan kes untuk melihat sama ada trajektori itu akan kekal.”

    Kejadian berlaku selepas ACT merekodkan kadar kemasukan baharu ke hospital akibat COVID.

    Seramai 121 orang yang dijangkiti virus COVID kini menerima rawatan di hospital ACT, merupakan angka tertinggi sejak permulaan wabak itu, menurut kemas kini terkini pada Selasa.

    Jangkitan COVID-19 di wad kanser di Hospital Canberra telah menyumbang kepada peningkatan tersebut.

    Pengarah Wad klinikal, Paul Craft berkata pihak berkuasa masih menyiasat bagaimana COVID-19 telah merebak di wad. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...