Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID

SINGAPURA, 28 JUN – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan bahawa seorang anak damit lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID telah meninggal dunia, kelmarin.

“Punca kematian akibat encephalitis dicetuskan oleh COVID, Respiratory Syncytial Virus dan jangkitan enterovirus.

Ia merupakan kematian pertama di Singapura melibatkan pesakit berumur bawah 12 tahun,” menurut MOH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya, kelmarin.

Anak damit berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lampau lain dan dilaporkan sihat sebelum dijangkiti COVID.

Anak damit itu telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak (KKH) KK pada malam 21 Jun, selepas mengalami demam panas dan sawan berulang, serta tidak sedarkan diri.

Pesakit kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun, dan disahkan menghidap meningoencephalitis yang teruk. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -