Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara mudah buat kimbap ala Korea

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Kimbap atau gimbap adalah sejenis makanan Korea yang terdiri daripada nasi yang digulung dengan pelbagai jenis bahan, dibalut dengan rumput laut kering (nori).

    Bahan-bahan dalam kimbap biasanya sayur-sayuran seperti lobak jeruk, timun, bayam dan lobak merah, serta protein seperti telur, daging atau ikan. Hidangan ini sering dihidangkan dengan hirisan kecil dan dimakan sebagai makanan ringan atau dalam bekal. Kimbap sering dibandingkan dengan susyi dari Jepun, namun perasa dan bahan-bahannya adalah berbeza.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kimbap terbahagi kepada beberapa bahagian, yang pertama bahan-bahan untuk nasi adalah seperti, dua cawan beras pendek atau beras susyi, 2 ½ cawan air, 1 sudu teh garam dan 2 sudu teh minyak bijan, manakala bahan-bahan untuk rumpai laut pula adalah seperti 5-6 helai nori (rumput laut kering).

    Manakala bahan-bahan untuk isinya pula adalah seperti, 1 lobak merah, timun, lobak jeruk (danmuji), 3-4 keping daging yang dipotong panjang dan nipis, 3-4 batang ketam (imitation crab sticks). Tiga biji telur, dipukul dan digoreng seperti dadar kemudian dipotong panjang dan nipis. 1 ikat bayam yang direbus dan diperah airnya, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh minyak bijan dan minyak untuk menggoreng.

    CARA PENYEDIAAN

    Untuk menyediakan nasinya, mula-mula basuh beras sehingga air jernih, kemudian masak dengan 2 ½ cawan air dalam periuk nasi dan biarkan nasi sejuk sedikit, kemudian campur nasi yang telah masak dengan garam dan minyak bijan dan gaulkan sehingga sebati.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Bagi menyediakan isinya pula, mula-mula goreng lobak merah dalam sedikit minyak sehingga layu. Setelah itu rebus bayam sebentar, perah airnya dan campurkan dengan garam dan minyak bijan. Selepas itu goreng telur dalam bentuk dadar nipis kemudian potong panjang dan nipis. Kemudian potong timbun, lobak jeruk dan batang ketam kepada jalur panjang.

    Manakala untuk menyediakan kimbap pula, mula-mula letakkan sehelai nori di atas tikar buluh (makisu) dengan bahagian kasar di atas. Selepas itu ratakan nasi di atas nori, tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas untuk memudahkan penggulungan. Setelah itu susun isi (lobak merah, timun, lobak jeruk, batang ketam, daging, telur, dan bayam) di atas nasi secara selari.

    Setelah itu gulung nori dan isi dengan kemas menggunakan tikar penggulung kecil buluh.

    Pastikan awda tekan sedikit supaya kimbap tidak terurai. Kemudian potong gulungan kimbap kepada kepingan kecil dengan menggunakan pisau tajam yang dibasahkan sedikit dengan air. Selepas itu susun kimbap yang telah dipotong di atas pinggan dan sedia untuk dihidang.

    Kimbap juga boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan sos kicap sebagai pencicah, Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    1. Nasi:
    o 2 cawan beras pendek atau beras sushi
    o 2 ½ cawan air
    o 1 sudu teh garam
    o 2 sudu teh minyak bijan

    2. Rumput Laut:
    o 5-6 helai nori (rumput laut kering)

    3. Isi:
    o 1 lobak merah, dipotong panjang dan nipis
    o 1 timun, dipotong panjang dan nipis
    o 1 lobak jeruk (danmuji), dipotong panjang dan nipis
    o 3-4 batang ketam (imitation crab sticks)
    o 3-4 keping daging atau ham, dipotong panjang dan nipis
    o 3 biji telur, dipukul dan digoreng seperti dadar, kemudian dipotong panjang dan nipis
    o 1 ikat bayam, direbus dan diperah airnya
    o 1 sudu teh garam
    o 1 sudu teh minyak bijan
    o Minyak untuk menggoreng

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda