Thursday, May 2, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Catalonia pasang loji penyahgaraman terapung

    BARCELONA, 19 APRIL – Wilayah timur laut Sepanyol di Catalonia akan memasang loji penyahgaraman terapung di pelabuhan Barcelona untuk menjamin bekalan air tawar berikutan kemarau yang teruk, kata pihak berkuasa wilayah, kelmarin.

    Catalonia telah mempertimbangkan untuk mengimport air tawar dengan bot tetapi ketua alam sekitar kerajaan wilayah, David Mascort, memberitahu sidang akhbar bahawa ‘loji penyahgaraman terapung adalah penyelesaian yang lebih jimat dan berdaya tahan’ yang akan memberikan ‘keselamatan bekalan.’

    “Jumlah air yang akan kami peroleh adalah lebih besar daripada yang kami peroleh dengan bot, dan ia juga jauh lebih murah.”

    Loji itu yang dijangka mula beroperasi awal Oktober, akan menghasilkan sekitar 14 hektar padu air tawar setahun, atau kira-kira enam peratus daripada air yang digunakan di Barcelona dan kawasan metropolitannya, tambah Mascort.

    Kerajaan wilayah Catalonia pada Februari lalu telah mengisytiharkan darurat kemarau bagi Barcelona, bandar kedua terbesar Sepanyol, dan sebahagian besar wilayah sekitarnya selepas lebih tiga tahun hujan di bawah purata menyebabkan takungan air kehabisan.

    Langkah itu membawa kepada sekatan penggunaan air yang lebih ketat di kawasan terjejas, yang menempatkan kira-kira enam juta orang, terutamanya untuk pengairan tanaman, penternakan dan industri.

    Loji penyahgaraman terapung itu dijangka dipasang untuk tempoh lima tahun. Kerajaan Catalan berharap loji penyahgaraman yang sedang dalam pembinaan di atas tanah akan siap dan boleh beroperasi.

    Bimbang dengan rizab air tawar yang semakin berkurangan, kerajaan Catalan buat pertama kali minggu ini membangkitkan kemungkinan mengenakan had penggunaan ke atas pelancongan.

    Meskipun hujan musim bunga, takungan air di Catalonia hanya berada pada 18 peratus daripada kapasitinya, tahap paling rendah di Sepanyol. – AFP

    Gambar bertarikh 11 April 2024 ini menunjukkan takungan Sau, di Vilanova de Sau di Catalonia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...