Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Ketua pertahanan Kenya terkorban

    NAIROBI, 19 APRIL – Kenya memulakan tiga hari berkabung hari ini selepas ketua pertahanannya dan sembilan pegawai kanan tentera yang lain terbunuh dalam nahas helikopter, kemalangan terbaharu yang menjejaskan tentera negara.

    Ketua Angkatan Pertahanan Kenya (CDF), Jeneral Francis Omondi Ogolla, terbunuh apabila helikopternya terhempas sejurus selepas berlepas di kawasan terpencil di barat laut Kenya, kelmarin.

    “Seorang jeneral empat bintang yang terkenal telah terkorban ketika menjalankan tugas dan perkhidmatan negara,” kata Presiden, William Ruto, ketika mengumumkan kematian petang kelmarin.

    Beliau berkata negara akan mengadakan perkabungan tiga hari mulai hari ini, dengan bendera negara berkibar separuh tiang di seluruh negara dan di misi kedutaan Kenya di luar negara.

    ‘Tabik terakhir’ menjadi tajuk muka depan akhbar Daily Nation.

    Mayat mangsa, yang dibaluti bendera Kenya, telah dikembalikan ke pangkalan tentera di Nairobi dengan pesawat tentera udara kelmarin.

    Ogolla, yang dilahirkan pada 1962, telah dilantik ke jawatan itu oleh Ruto hanya setahun yang lalu dan akan menandakan 40 tahun perkhidmatan tentera. – AFP

    Gambar fail bertarikh 31 Oktober 2023 menunjukkan Ogolla (kanan), dan Ruto semasa bersedia untuk menerima Raja Britain Charles III dan Permaisuri Britain, Camilla pada acara sambutan istiadat di Dewan Negara di Nairobi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...