LOS ANGELES, 10 JAN – Darius Garland menjaringkan 40 mata ketika Cleveland Cavaliers bangkit daripada ketinggalan untuk melanjutkan rentak tanpa kalah mereka kepada 12 perlawanan dengan menewaskan Toronto Raptors 132-126, kelmarin.
Kira-kira 24 jam selepas kemenangan mereka ke atas Oklahoma City Thunder, yang mendahului Western Conference, Cavaliers diambang mengalami kekecewaan besar selepas Raptors melebarkan kelebihan kepada 12 mata pada akhir suku ketiga.
Bagaimanapun, jaringan mata pada minit akhir oleh Garland telah mengheret Cavaliers kembali ke dalam pertandingan dan suku keempat yang berat sebelah 34-23 dengan melakar kemenangan ke atas pendahulu Eastern Conference.
Garland menamatkan perlawanan dengan 40 jaringan mata dengan 14 daripada 22 jaringan – 14 jaringan mata hadir pada suku keempat.
Jurulatih Cavaliers, Kenny Atkinson, mengakui tentang sumbangan besar Garland kepada kemenangan yang menyebabkan Cleveland mendahului kedudukan dengan rekod 33-4, enam perlawanan di hadapan penyandang juara, Boston Celtics.
“Dia membawa kami meraih kemenangan,” kata Atkinson mengenai persembahan Garland.
“Pasukan kami tidak mempamerkan permainan terbaik akan tetapi dia sendiri telah menguasai pasukan dalam permainan ini,” tambahnya.
Atkinson berkata persembahan Garland adalah bukti lanjut mengapa dia harus menjadi peneraju untuk perlawanan All-Star bulan depan.
“Saya menghormati liga tetapi dia mesti berada di peringkat teratas itu, All-Star. Dia luar biasa,” ujarnya lagi. – AFP