Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtics tempah tiket ke final NBA

    WASHINGTON, 28 MEI – Boston Celtics meraih kejuaraan Eastern Conference semalam de-ngan kemenangan 105-102 ke atas Indiana Pacers sekali gus menyapu bersih empat siri perlawanan dan menempah tempat ke final NBA.

    Celtics akan berhadapan dengan pemenang Final Western Conference, di mana Dallas Mavericks mendahului Minnesota Timberwolves 3-0 menjelang perlawanan keempat, hari ini.

    Kemenangan Celtics di Indianapolis merupakan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam pasca-musim tetapi mereka hampir gagal berdepan dengan pasukan Pacers yang sekali lagi tanpa bintang pengawal yang cedera, Tyrese Haliburton.

    Jaylen Brown sekali lagi membuktikan dirinya sebagai pemain penentu, selepas menjaringkan gol penting untuk menyamakan kedudukan 102-102 dengan baki 2:40 dalam suku keempat, kemudian bangkit untuk menghalang Andrew Nembhard di gelanggang perlawanan.

    Dengan perlawanan berbaki 45 saat, Brown menemui Derrick White untuk menyempurnakan lontaran tiga mata sekali gus memenangi permainan dan juga siri.

    Nembhard, yang mencatatkan 24 mata, 10 assist dan enam rebound untuk Pacers, terlepas lontaran tiga mata dengan baki 33 saat yang boleh menyamakan kedudukan.

    Brown mendahului carta jaringan Boston dengan 29 mata manakala Jayson Tatum menyumbang 26 mata, 13 rebound dan lapan assist.

    Celtics kembali ke final dua tahun selepas tewas kepada Golden State Warriors ketika mereka memburu gelaran NBA pertama mereka sejak 2008.

    “Ia tidak lain hanyalah satu tugas, kami tidak terlepas sebarang langkah sepanjang musim,” kata Brown, yang dinobatkan sebagai MVP Final Eastern Conference selepas mencatatkan purata hampir 30 mata sepanjang siri tersebut. – AFP

    Tatum (tengah) ketika beraksi pada separuh masa kedua perlawanan tersebut di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda