Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    City gagal rebut peluang

    LONDON, 15 MAC – Pep Guardiola enggan merasa panik selepas Manchester City mensia-siakan peluang apabila mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Crystal Palace semalam, sekali gus mencalarkan sedikit usaha mereka untuk mempertahan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Pasukan Guardiola mencatatkan 18 percubaan dan mengawal 74 peratus penguasaan bola, tetapi meninggalkan Selhurst Park dengan perasaan menyesal setelah terlepas beberapa peluang penting dalam perlawanan itu.

    Bernardo Silva dan Aymeric Laporte merasa bersalah kerana terlepas peluang, dengan penjaga gol Palace, Vincente Guaita melakukan beberapa aksi menyelamat yang baik.

    Dengan pasukan di tangga kedua, Liverpool, mencatat kemenangan ke atas Brighton pada Sabtu lalu, City kini hanya memiliki kelebihan empat mata di hadapan pasukan Jurgen Klopp.

    Liverpool mampu merapatkan jurang kepada satu mata sekiranya menang menentang Arsenal yang menghuni tangga keempat pada Rabu.

    Pemain City, Riyad Mahrez cuba merebut bola daripada kawalan pemain sayap Palace, Wilfried Zaha semasa pertemuan di Selhurst Park, kelmarin. – AP

    Tetapi Guardiola menunjukkan dia masih tenang dan menegaskan dirinya gembira dengan persembahan ditunjukkan anak buahnya dan kedudukan mereka dalam perebutan gelaran.

    “Kami bermain dengan baik dan mencipta banyak peluang tetapi gagal meraihnya. Kadang kala perkara seperti ini boleh terjadi,” katanya.

    “Saya lebih suka jika kami menang, tetapi cara kami bermain adalah luar biasa dalam stadium yang sukar dan keadaan rumput yang tidak sempurna.

    “Masih banyak perlawanan perlu dimainkan. Kami perlu menang banyak perlawanan namun cara kami bermain tadi, saya tidak kesal dengan pasukan ini.”

    Melihat kepada prestasi cemerlang Liverpool, keputusan seri di selatan London mungkin mengganggu sedikit keseimbangan kuasa ke arah Merseyside.

    Liverpool bermain dengan tidak putus asa sehinggakan City perlu bermain dengan sempurna untuk terus berada di atas, dan keputusan seri ini, dan kekalahan menentang Tottenham baru-baru ini menjadikan ia terancam kepada asakan The Reds.

    “Nasib tidak wujud dalam bola sepak. Kami perlu menjaringkan gol dan kami gagal melakukannya,” kata Guardiola. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...