Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Croatia perkenal semula perkhidmatan tentera wajib

    ZAGREB, 16 OGOS – Croatia akan memperkenalkan semula perkhidmatan tentera wajib selama dua bulan mulai 1 Januari tahun depan, umum Menteri Pertahanan negara itu, Ivan Anusic lewat kelmarin.

    Tindakan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Eropah berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta perlumbaan senjata dan peningkatan ketenteraan di Balkan yang pernah melalui perang berdarah pada tahun 1990an.

    Keputusan itu menandakan pengerahan wajib dikembalikan, yang telah digantung pada 2008 apabila negara itu beralih kepada sistem sukarela.

    “Kami telah menaikkan gaji askar, pegawai tidak bertauliah dan pegawai lain. Hak material mereka bukan sahaja melalui pendapatan peribadi tetapi juga melalui gaji harian dan segala-galanya yang menjadi hak mereka,” kata menteri itu kepada penyiar Croatia, RTL kelmarin.

    “Pemodenan dan kelengkapan angkatan bersenjata sedang berjalan seperti yang dirancang dan mengikut perjanjian dengan sekutu kami dan kepimpinan NATO,” kata menteri itu, sambil menambah tidak ada penjimatan dana dalam bidang ini. – AP

    Angkatan Bersenjata Croatia semasa latihan perarakan Hari Bastille Perancis di jalan Champs-Elysees di Paris, pada 9 Julai 2013. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda