Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Baim Wong sudah naik pesawat, tidak jadi tunai haji

    Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dilaporkan terpaksa membatalkan perancangan untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri dan anak-anak.

    Detikhot melaporkan Baim dikatakan sudah menaiki pesawat untuk ke Tanah Suci Mekkah namun terpaksa turun daripada kapal terbang selepas timbul beberapa masalah.

    “Saya pada awalnya terfikir adakah saya kena prank tapi rupanya belum masa saya ke Mekkah. Saya sudah naik kapal terbang,” katanya.

    Jelas Baim, isu dia terpaksa membatalkan ke Tanah Suci bukan disebabkan masalah daripada pihak agensi haji dan umrah sebaliknya menanggap bukan rezeki ke sana.

    Baim sebaliknya akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media.

    Sebelum ini, media melaporkan Baim dilaporkan berangkat ke Mekkah pada 7 Jun malah sudah mengadakan majlis kesyukuran. – Agensi

    Baim akan menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan pembatalan penerbangannya dalam satu sidang media nanti. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...