Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dalai Lama pulang selepas pembedahan lutut di AS

    DHARAMSHALA, INDIA, 28 OGOS – Pemimpin agama Tibet, Dalai Lama kembali ke ibu pejabat kerajaan Tibet dalam buangan di utara India hari ini selepas menjalani pembedahan penggantian lutut di New York.

    Beratus-ratus pengikut dalam jubah berwarna-warni, melambai-lambai selendang dan bunga menyambut Dalai Lama di lapangan terbang dan kediamannya.

    Ada di antara mereka memukul gendang dan mempersembahkan tarian tradisional.

    Bendera Tibet dan Buddha menghiasi tiang-tiang dan pagar.

    Dalai Lama, 89, terbang ke Dharamshala selepas berminggu-minggu berehat dan pulih di Rumah Ladang Nappi di Syracuse, New York, susulan pembedahan pada 28 Jun.

    Dr David Mayman, ketua perkhidmatan pembentukan semula dan penggantian sendi dewasa di Hospital untuk Pembedahan Khas di New York, berkata selepas pembedahan, Dalai Lama pulih dengan baik dan dijangka terus bertambah sihat dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

    Dr Tsetan D Sadutshang dan Dr Tsewang Tamdin, pakar perubatan Dalai Lama, berkata bulan lalu bahawa insisi pembedahan telah sembuh sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi. Pakar-pakar fisioterapi berkenaan berkata mereka gembira dengan perkembangan pemulihannya. – AP

    Dalai Lama melambai kepada orang ramai, yang mengalu-alukan kepulangannya, dari dalam keretanya ketika tiba di Dharamshala, India, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda