Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dapur tambahan musnah dijilat api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Dapur tambahan sebuah rumah musnah dalam insiden kebakaran rumah di Kampung Parit, Temburong, pada lewat petang 11 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, lima orang anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba Rataie yang diketuai oleh ABKS 335 Roslan bin Haji Moksin telah dikerahkan ke lokasi kejadian pada pukul 5:14 petang.

    Apabila tiba di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran telah memusnahkan dapur tambahan yang diperbuat daripada kayu.

    Anggota bomba segera bertindak memadam kebakaran menggunakan satu jet hos dengan api berjaya dikawal daripada merebak dalam masa tiga minit.

    Hadir di tempat kejadian ialah Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah dan Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Ishraqi bin Haji Sidup.

    Turut berada di tempat kejadian ialah Pemangku Ketua Kampung Selangan dan Parit @ Biang, Haji Bahrun bin Haji Talib.

    JBP menyatakan lagi bahawa tidak ada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku dalam kejadian berkenaan dengan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    Dalam pada itu, JBP menyarankan orang ramai untuk memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis debu kering dua kilogram dan selimut api serta memastikan mana-mana suis peralatan elektrik ditutup selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Mereka juga disarankan untuk jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi; jika terdapat kebocoran pada gas, jendela dan pintu dibuka bagi pengudaraan serta memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah dapur tambahan rumah di Kampung Parit, Temburong, pada 11 Oktober lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...