Thursday, May 2, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dedah masyarakat kepada nilai agama Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan, baru-baru ini telah mengadakan ceramah agama bertempat di Perpustakaan DBP, Bandar Seri Begawan.

    Ceramah bertajuk ‘Persediaan Menyambut Bulan Ramadan’ disampaikan oleh Pegawai Ugama dari Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Brunei Darussalam, Dayangku Siti Norainul Fathni binti Pengiran Haji
    Tajuddin.

    Antara objektif penganjurannya adalah untuk mendedahkan masyarakat kepada nilai-nilai agama Islam dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama Muslim di samping mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

    Di samping itu, ia juga diadakan untuk mempromosikan perpustakaan kepada jabatan-jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan agensi bukan kerajaan, serta mengembangkan fungsi perpustakaan sebagai tempat membaca dan kegiatan.

    Majlis dihadiri oleh para Muslimah masjid, belia-belia masjid, dan ahli-ahli Perpustakaan DBP.

    Dayangku Siti Norainul Fathni bergambar ramai bersama hadirin pada ceramah berkenaan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...