Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi renang berlepas ke Indonesia

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Perenang Brunei Darussalam telah meninggalkan negara untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Kumpulan Umur Asia Tenggara (SEA) ke-45 2023 yang diadakan dari 24 hingga 26 Ogos di Stadium Akuatik Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia.

    Delegasi terdiri daripada empat perenang elit dan empat perenang tambahan yang diketuai oleh Pengiran Abdul Farid bin Pengiran Idrus selaku pengurus pasukan dan diiringi Jurulatih Kebangsaan, Wu Na serta Pegawai Tek-nikal Antarabangsa, Harjimmy Zainal.

    Perenang-perenang yang mengambil bahagian ialah Hayley Wong Ann Yue, Dylan Wong Wei Shen, Abbey Wong Ann Wen, Joel Ling Thai Yu, Zeke Chan Zhi Yue, Danniel Chan Zhi Zhen, Matthias Jordan Narcis dan Sharmeen binti Mohammad Mharvin.

    Bagi Hayley, Zeke dan Joel, ia akan menjadi pertandingan renang ketiga mereka tahun ini selepas penampilan dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun dan Sukan Belia Komanwel di Trinidad and Tobago.

    Kejohanan serantau yang berprestij untuk perenang remaja itu juga akan menandakan kunjungan kedua Sharmeen ke luar negara tahun ini selepas menyertai Sukan Remaja Komanwel.

    Sementara itu, Joel Ling berharap untuk menambah pingat Kumpulan Umur SEA dalam senarai aktiviti luar kurikulum dalam empat acara iaitu 50m, 100m dan 200m kuak lentang serta acara 50m gaya bebas.

    September lalu, atlet sensasi negara itu mencipta sejarah selepas memenangi pingat pertama negara dalam sukan renang pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Manakala Hayley, perenang wanita terkemuka negara, akan menyasarkan pingat utama luar negara dalam sembilan acara; 50m, 100m dan 200m kuak dada; 50m, 100m kuak kupu-kupu; 50m kuak lentang; 50m dan 100m gaya bebas dan 400m rampai individu (IM).

    Gambar ramai delegasi renang negara yang akan berlepas ke Stadium Akuatik Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia. – Gambar serahan BDSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda