Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    DPMM FC tandatangani Patrick Flottmann

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – DPMM FC telah mengumumkan penandatanganan pemain pertahanan dari Australia, Patrick Flottmann menjelang Liga Perdana Singapura (SPL) musim 2024-2025 yang dinanti-nantikan bulan depan.

    Pemain berusia 26 tahun itu menghabiskan musim lalu bersama kelab K League 2, Seongnam FC di mana dia menjaringkan dua gol dan membuat 22 penampilan.

    Dia akan menjadi pemain asing keempat kelab itu dalam musim baharu berikutan ketibaan pemain muda Brazil, Gabriel Gama, Miguel Oliveira dari Portugal dan Julian Cruz dari Mexico.

    Ketibaan Flottmann merupakan tanda kesungguhan untuk mencabar status quo ketika kelab itu berhasrat untuk meningkatkan prestasi mereka daripada penamat tempat ketujuh musim lalu.

    Pasukan yang berpangkalan di Brunei itu telah mengisi enam pemain import asing termasuk mengekalkan perkhidmatan Kristijan Naumovski dan Farshad Noor.

    Pemain Australia itu juga pernah bermain untuk kelab Liga Super India, NorthEast United serta berkhidmat dengan pasukan A League, Sydney FC dan Brisbane Roar.

    Sebagai bek tengah, dia dijangka akan digandingkan bersama Yura Indera Putera dan Nur Ikhwan Othman di bahagian pertahanan.

    Kelab itu giat menjalani latihan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dalam persiapan mereka untuk musim baharu.

    DPMM FC akan menentang pasukan China, Guangxi Pingguo Haliao Guojing dalam perlawanan persahabatan 20 April sebelum perlawanan pembukaan SPL menentang Young Lions pada 11 Mei.

    Patrick Flottmann semasa menandatangani kontrak. – GAMBAR SERAHAN DPMM FC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...