Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Henry Cavill teruja bakal timang anak

    Ketika heboh khabar angin mendakwa Natalie Viscuso sedang berbadan dua, pelakon Henry Cavill seakan-akan memberi bayangan mengesahkan mengenai perkara itu, lapor mStar.

    Meskipun tidak mendedahkan maklumat mengenai kehamilan itu, Henry berkata dia dan kekasihnya itu terlalu teruja dan tidak sabar ingin menimang cahaya mata.

    “Saya sangat gembira apabila ditanya mengenai hal itu. Natalie dan saya sangat bersemangat menantikan kelahiran ini,” katanya.

    Bintang filem Superman itu juga dilihat tersenyum lebar apabila ditanya mengenai persediaan menyambut kelahiran anak pertamanya itu.

    Sebelum ini, Henry pernah menyatakan hasrat ingin menjadi seorang bapa sekitar tahun 2017.

    “Jika suatu hari nanti saya ada anak, saya ingin menjadi ayah yang boleh bimbing mereka tapi saya ingin menjadi ayah yang aktif dan sihat,” katanya seperti dilapor Men’s Health UK.

    Pasangan Henry Cavill dan Natalie Viscuso dikhabarkan menjalin hubungan percintaan hampir tiga tahun dan hubungan mereka mula dihidu umum pada April 2021 apabila masing-masing kerap mendedahkan foto bersama di media sosial. – Agensi

    Henry ingin menjadi seorang ayah yang boleh membimbing anaknya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...