Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Dua ditahan kritik jambatan baharu

    DHAKA, 28 JUN – Polis Bangladesh telah menahan dua orang atas tindakan mereka mengkritik jambatan baharu melalui media sosial yang dianggap oleh kerajaan sebagai salah satu pencapaian terbesar negara itu.

    Jambatan Padma Multipurpose dirasmikan pada hujung minggu lalu dalam upacara yang dihadiri oleh hampir satu juta orang, selepas pembinaan yang lama akibat tertunda dan dakwaan rasuah.

    Pembukaan jambatan itu menjadi kunci infrastruktur penting bagi Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan penyokong kerajaan.

    Seorang lelaki ditahan kelmarin selepas hantaran di Facebook yang meluahkan niat untuk mengambil gambar dirinya sedang membuang air di atas jambatan itu, menurut laporan media tempatan.

    Pihak polis mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah menahan Abul Kalam Azad, bekas pegawai pangkat rendah di Parti Nationalis Bangladesh (BNP), tanpa menjelaskan ucapan yang dibuat oleh lelaki berusia 42 tahun itu di laman media sosial.

    “Dia membuat komen buruk dan menggunakan kata-kata kesat mengenai jambatan itu,” kata Sadequr Rahman, ketua polis di daerah Companiganj.

    Sementara itu, Bayazid Talha telah ditahan di Dhaka kelmarin selepas hantaran yang dimuat naik menjadi tular. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...