Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Dunia kekurangan penawar bisa patukan ular’

    GENEVA, 18 SEPT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kelmarin kes patukan ular yang membunuh puluhan ribu orang setiap tahun kini semakin buruk akibat banjir yang disebabkan oleh perubahan iklim di beberapa buah negara tanpa akses kepada penawar bisa.

    Setiap tahun,terdapat 2.7 juta kes keracuran akibat dipatuk ular bisa yang mengakibatkan 138,000 kematian.

    “Seorang mati akibat patukan ular setiap empat hingga enam minit,” kata David Williams, pakar patukan ular dari WHO, kepada wartawan di Geneva.

    Lebih ramai orang – kira-kira 240,000 setiap tahun – mengalami kecacatan kekal akibat patukan ular.

    Beliau menekankan kecacatan yang disebabkan patukan ular bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, tetapi juga seluruh keluarga mangsa kerana terpaksa mendapatkan yang memerlukan kos tinggi selain kehilangan pendapatan apabila pencari nafkah utama dalam keluarga adalah mangsa.

    Gambar Freepik

    Paling membimbangkan adalah ‘beberapa kawasan di dunia tidak mempunyai tempat rawatan yang mencukupi atau selamat selain tiad akses kepada penawar bisa.’

    Contohnya, Sub-Sahara Afrika hanya mempunyai akses kepada sekitar 2.5 peratus daripada rawatan yang dianggarkan diperlukan.

    Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjelaskan pada 2019, pengeluaran penawar bisa yang menyelamatkan nyawa telah dihentikan oleh beberapa syarikat sejak tahun 1980an, menyebabkan kekurangan serius di Afrika dan beberapa negara Asia.

    India adalah negara yang paling terjejas di dunia, dengan kira-kira 58,000 orang mati akibat patukan ular setiap tahun, manakala negara jirannya, Bangladesh dan Pakistan, juga terjejas teruk, kata Williams.

    Kesan perubahan iklim memburukkan lagi keadaan di beberapa tempat, kata Williams, dengan menekankan bencana banjir telah meningkatkan jumlah kes patukan ular pada manusia.

    Beliau merujuk kepada Nigeria, yang kini mengalami ‘kekurangan kritikal penawar bisa ular akibat peningkatan kes patukan ular yang dicetuskan oleh banjir.’

    “Ia adalah masalah yang berlaku di banyak kawasan di dunia di mana bencana seumpama ini kerap berlaku,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda