Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emma tanggung derita akibat perbuatan sihir

    Pelakon Emma Maembong berkongsi pengalaman terkena gangguan mistik dipercayai angkara perbuatan sihir seorang peminat yang terlalu obsesi terhadap dirinya.

    Menurut Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, apa yang terjadi pada dirinya dikatakan berpunca daripada sekeping gambar bersama yang dirakam oleh individu berkenaan.

    Menurut mStar, dia merasakan dirinya terkena sihir selepas membaca ‘mantera’ yang ditulis menerusi satu perkongsian di laman Instagram.

    “Dalam satu majlis bersama peminat dia minta untuk bergambar dengan saya. Dia minta mahu bergambar penuh.

    “Kemudian satu hari saya melihat dia ada post gambar dan tag di Instagram dengan kapsyen panjang lebar. Rupa-rupanya saya terbaca mantera yang dihantar kepada saya.

    Emma berdepan pelbagai perkara pelik selepas kejadian itu. – mStar

    “Saya tidak ingat apa jadi ketika itu. Dikatakan saya menggilai dan menjerit serta muka saya basah,” katanya.

    Emma berkongsi perkara tersebut dalam temu bual podcast Sembang Seram bersama pelakon Safwan Nazri.

    Rentetan kejadian itu, Emma memberitahu banyak perkara pelik berlaku padanya dan ia berlarutan sehingga hampir empat tahun.

    Malah peminat lelaki itu juga seakan tidak serik dan berani menghampirinya dalam satu majlis lain.

    “Inilah yang paling teruk dan banyak mengubah kehidupan saya. Dalam satu majlis kahwin saya nampak lelaki itu hadir. Saya jadi takut dan paranoid.

    “Ahli kelab peminat saya kepung dia dan tidak benarkan masuk. Dia selfie gambar dan buat posting beritahu tunggu satu hari saya akan datang melutut,” ujarnya.

    Selain itu, ada juga orang sekeliling yang mula nampak perubahan pada diri Emma dan sudah menjangka dia terkena perbuatan sihir.

    “Saya senyum dalam sesi fotografi tetapi gambar saya nampak seperti senyum terbalik,” ceritanya yang turut memberitahu tidak mengenali rapat lelaki berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda