Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Entiti baru muncul di Asia kekal pemacu ekonomi global – IMF

    BEIJING, 17 JULAI – Ekonomi China dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak lima peratus pada tahun ini, menurut kemas kini laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin.

    Ketua Ahli Ekonomi IMF, Pierre-Olivier Gourinchas berkata entiti ekonomi baru muncul di Asia seperti China kekal merupakan pemacu utama kepada ekonomi global.

    Laporan itu menunjukkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dunia semakin kukuh sejak awal tahun ini. Lonjakan eksport di rantau Asia khususnya dalam bidang teknologi turut menyuntik momentum kepada pertumbuhan dagangan.

    IMF mengekalkan jangkaan pertumbuhan ekonomi global pada kadar 3.2 peratus untuk tahun ini di samping mengunjurkan volum perdagangan dunia pada 2024 dan 2025 masing-masing menokok 3.1 peratus dan 3.4 peratus.

    Pada Mei, Timbalan Pengarah Urusan Pertama IMF, Gita Gopinath mengumumkan di Beijing bahawa pihaknya meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara Tembok Besar bagi tahun ini kepada lima peratus iaitu 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding April. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda