Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eropah perlu sedia berdepan jangkitan mpox

    STOCKHOLM, 16 OGOS – Agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa negara-negara anggotanya bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak kes jangkitan mpox yang boleh menyebabkan kematian, sehari selepas Sweden mengumumkan kes pertama di luar Afrika.

    Dalam penilaian risiko, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) berkata risiko keseluruhan bagi penduduk umum di EU dan Kawasan Ekonomi Eropah (EAA) 30 negara secara keseluruhan kekal ‘rendah’.

    Walau bagaimanapun, ia ‘mengesyorkan agar pihak berkuasa kesihatan awam di EU dan EEA untuk mengekalkan tahap perancangan kesiapsiagaan dan aktiviti peningkatan kesedaran yang tinggi bagi membolehkan pengesanan dan tindak balas yang cepat’.

    Badan kesihatan yang berpangkalan di Stockholm itu berkata lebih banyak kes import ke Eropah ‘kemungkinan besar akan berlaku’.

    “Disebabkan jarak yang dekat antara Eropah dan Afrika, kita mesti bersedia untuk lebih banyak kes import Clade I,” kata Pengarah ECDC, Pamela Rendi-Wagner dalam satu kenyataan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu ini mengisytiharkan penularan pantas strain mpox baharu yang lebih berbahaya, yang digelar Clade 1b, kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa (PHEIC) amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh agensi PBB itu.

    Virus tersebut telah melanda Republik Demokratik Congo, membunuh 548 orang setakat tahun ini, kata kerajaan negara itu.

    Sweden dan Pakistan minggu ini melaporkan kes pertama virus itu di luar Afrika, dengan WHO memberikan amaran lebih banyak kes import bagi strain baharu di Eropah berkemungkinan besar berlaku. – AFP

    Pemangku Ketua Pengarah Agensi Kesihatan Awam Sweden, Olivia Wigzell, semasa menghadiri sidang akhbar untuk memaklumkan mengenai situasi berkenaan jangkitan virus mpox, di Stockholm, pada 15 Ogos 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda