Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    EU stok ubat rawatan kimia, nuklear

    BRUSSELS, 6 APRIL – Kesatuan Eropah hari ini berkata ia sedang membina stok simpanan kecemasan ubat-ubatan dan peralatan bernilai AS$590 juta bagi menangani kecemasan kimia dan nuklear ketika kebimbangan mengenai perang Rusia di Ukraine meningkat.

    Eksekutif blok, Suruhanjaya Eropah, berkata bekalan merangkumi ‘peralatan dan ubat-ubatan, vaksin dan terapeutik lain bagi merawat pesakit yang terdedah kepada kecemasan kimia, biologi, radiologi dan nuklear.

    Sebagai langkah pertama, EU berkata ia mendapatkan ‘tablet kalium iodida yang boleh digunakan untuk melindungi orang daripada kesan buruk radiasi.”

    Ia berkata tiga juta tablet iodida telah dihantar ke Ukraine dengan bantuan ahli EU, Perancis dan Sepanyol.

    “Kami mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan persediaan Eropah dalam berdepan potensi ancaman,” kata Pesuruhjaya Pengurusan Krisis EU, Janez Lenarcic.

    EU berkata ia sedang membina stok simpanan kecemasan ubat dan peralatan bernilai AS$590 juta bagi menangani kecemasan kimia dan nuklear ketika kebimbangan mengenai perang Rusia di Ukraine meningkat.

    “Kami membangunkan kedua-dua rizab dekontaminasi dan bekalan baharu peralatan untuk kecemasan kimia, biologi dan nuklear.

    Pengumuman dibuat ketika kebimbangan mengenai potensi penggunaan senjata nuklear atau kimia yang berpunca daripada serangan Rusia ke atas jirannya yang pro Barat.

    Barat memberi amaran bahawa Moscow melancarkan serangan kimia di Ukraine ketika tentangan hebat daripada tentera Kyiv menghalang kemaraan Kremlin.

    Pertempuran di Ukraine juga mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan kemudahan nuklear termasuk tapak Chernobyl dan Zaporizhzhia, loji tenaga atom terbesar Eropah.

    Rusia selain itu menempatkan pasukan senjata nuklear dalam keadaan bersiap sedia ketika ia memberi amaran supaya Barat tidak campur tangan ketenteraan dalam konflik untuk membantu Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...