Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    F-22 Tentera Udara AS tamatkan lawatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Pesawat F-22 dari Skuadron Pejuang Ekspedisi ke-27, Pangkalan Bersama Langley-Eustis, Virginia, dan C-130 dari Pengawal Kebangsaan Udara Amerika Syarikat (AS) berlepas dari Brunei Darussalam melalui Pangkalan Tentera Udara Rimba hari ini menuju ke Republik Filipina.

    Dari sana, mereka akan kembali ke Pangkalan Udara Kadena, Jepun di mana pesawat F-22 tersebut kini ditempatkan. Pesawat tersebut tiba di Brunei Darussalam pada 6 Ogos lalu setelah menyelesaikan latihan di Australia.

    Semasa persinggahan, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, bersama-sama kru F-22 dan pasukan penyelenggaraan untuk membuat lawatan ke pesawat dan pengenalan kepada keupayaannya yang unik.

    Tentera Udara AS dan TUDB menjalankan latihan dan kerjasama secara berkala untuk meningkatkan keupayaan operasi masing-masing, sambil mengukuhkan hubungan antara rakyat AS dan Brunei Darussalam.

     
    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda