Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Familithon SMPDSM erat silaturahim

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Warga Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri bersama keluarga mereka tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan acara Familithon yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir menyempurnakan pelepasan peserta acara ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Haji Mohammad.

    Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan diikuti dengan pelepasan peserta bagi acara Familithon sejauh tiga kilometer yang juga disertai bersama Awang Julaihi yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Acara yang disertai oleh guru-guru dan para pelajar serta keluarga mereka itu merupakan salah satu aktiviti riadah sukan sekolah yang dihasratkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mempromosikan gaya hidup aktif melalui kegiatan riadah.

    Di samping itu, acara tersebut juga bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana Program Bandarku Ceria dan mengumpul dana bagi keperluan sekolah khususnya membantu penuntut berkeperluan khas serta memperbaiki beberapa kerosakan kemudahan sekolah.

    Awang Julaihi mengambil bahagian dalam sesi memanaskan badan semasa acara Familithon. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda