Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Mogok perkhidmatan pos Jerman diteruskan

    BERLIN, 7 FEB – Mogok membabitkan perkhidmatan pos Jerman Deutsche Post dijangka berterusan di seluruh negara pada hari ini.

    Mogok dijadual berlangsung di Dortmund, Hamburg, Saarbrücken, Polch di negeri Rhineland-Palatinate, Nuremberg, Frankfurt dan Stuttgart, menurut kesatuan sekerja Verdi.

    Kesatuan itu mendesak kenaikan gaji sebanyak 15 peratus dalam rundingan kolektif semasa, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

    Menurut kesatuan itu, kira-kira 8,000 pekerja pos enggan bekerja pada Isnin.

    Penghantaran kira-kira 1 juta surat dan beberapa ratus ribu bungkusan dilaporkan terganggu, menurut pejabat pos.

    “Mogok berkenaan adalah “isyarat jelas kepada majikan bahawa pekerja bersedia untuk memperjuangkan tuntutan mereka dan kini menjangkakan satu pusingan rundingan yang berakhir dengan kenaikan gaji yang besar,” kata timbalan pengerusi dan perunding Verdi, Andrea Kocsis.

    Verdi menuntut 15 peratus kenaikan gaji untuk kira-kira 160,000 pekerja yang dilindungi oleh perjanjian perun-dingan kolektif dengan tempoh kontrak selama setahun. Lembaga Deutsche Post menolak permintaan itu sambil menyifatkan ia sebagai tidak realistik.

    Rundingan itu dijangka berlanjutan memasuki pusingan ketiga pada 8 dan 9 Februari di Dusseldorf. Pejabat pos mengumumkan bahawa ia akan membentangkan tawarannya kemudian. – Bernama

    Pekerja pos mengambil bahagian dalam bantahan di Deutsche Post AG di Stuttgart, selatan Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...