Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gauff tersingkir di Terbuka Cincinnati

    CINCINNATI, 16 OGOS – Juara bertahan yang menduduki ranking kedua, Coco Gauff tersingkir dalam perlawanan pembukaannya di Terbuka WTA Cincinnati, tewas kepada Yulia Putintseva 6-4, 2-6, 6-4, kelmarin.

    Kekalahan pada pusingan kedua terhadap wakil Amerika Syarikat (AS) di Olimpik Paris itu mengejutkan penonton yang menyokong dalam kejohanan persediaan akhir untuk Terbuka AS, di mana Gauff merupakan juara bertahan.

    Putintseva dari Kazakhstan, yang berada di ranking ke-34, baru-baru ini sering melakukan kejutan, menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dalam pusingan ketiga Wimbledon hampir sebulan yang lalu.

    “Saya sangat bangga dengan diri saya,” kata Putintseva. “Walaupun orang ramai bersorak untuk Coco, mereka adil terhadap saya.”

    Gauff menjadi pemenang termuda di Cincinnati setahun lalu pada usia 19 tahun dan membawa kejayaan itu ke Grand Slam pertamanya di Terbuka AS.

    Reaksi Coco Gauff semasa Hari ke-5 Terbuka Cincinnati di Pusat Tenis Keluarga Lindner di Mason, Ohio pada 15 Ogos. – AFP

    Putintseva seterusnya akan menentang pemain Sepanyol, Paula Badosa yang menewaskan Anna Kalinsyaka, 6-3, 6-2.

    Pilihan ketiga, Aryna Sabalenka memperbaiki rekod perlawanan pusingan pertamanya pada acara itu dengan menewaskan Elisabetta Cocciaretto dari Itali 6-3, 6-4 manakala pilihan kedua lelaki, Alexander Zverev turut mara ke pusingan seterusnya.

    Sabalenka, yang terlepas Wimbledon dan Sukan Olimpik Paris kerana kecederaan bahu, kini telah memenangi enam daripada tujuh perlawanan pembukaan di Cincinnati.

    “Saya gembira dengan tahap permainan saya pada saat-saat sukar,” kata Sabalenka.

    “Elisabetta adalah lawan yang sukar. Dia bertarung hingga ke mata akhir.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda