Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harris cabar Trump untuk berdebat

    ATLANTA, 31 JULAI – Calon presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris melancarkan sera-ngan menyelar Donald Trump kelmarin, memberitahu perhimpunan kempen terbesarnya bahawa momentum sedang berubah dalam perlumbaan Rumah Putih dan mencabar Republikan untuk berdebat secara bersemuka.

    Kunjungan Naib Presiden Harris ke Atlanta, Georgia, diadakan ketika Demokrat yang bersemangat semula menganggap negeri medan pertempuran itu kembali mempunyai harapan, selepas ia kelihatan di luar harapan di bawah Presiden Joe Biden sebelum penarikan diri mengejutnya daripada pilihan raya 2024.

    Calon Demokrat itu berhasrat untuk mengembangkan strategi kempen 2024 parti berkenaan dan menarik minat pengundi muda kulit hitam, menyampaikan ucapan selama 20 minit kepada kira-kira 10,000 penyokong dalam arena yang padat dan berjanji bahawa rakyat Amerika ‘tidak akan kembali’ kepada ‘dasar yang gagal’ oleh Trump.

    “Sekarang, baton ada di tangan kita,” kata Harris sambil menerima tepukan gemuruh. “Kita menghadapi cabaran di hadapan kita Dan kita adalah underdog dalam perlumbaan ini.”

    Kempen presiden Harris bermula selepas Biden berundur pada 21 Julai, dengan sebahagian besar parti bergabung menyokongnya dan kempennya berjaya mengumpul AS$200 juta.

    Calon Republikan itu berkata baru-baru ini dia akan meninggalkan tradisi politik dan tidak berdebat dengan Harris, dan juga melancarkan penghinaan bertubi-tubi terhadap pesaingnya, memanggilnya ‘gila’ dan ‘gelandangan.’

    “Baiklah Donald, saya harap kamu akan mempertimbangkan semula untuk bertemu saya di pentas perdebatan, kerana seperti kata pepatah, jika kamu mempunyai sesuatu untuk dikatakan, katakan di hadapan saya,” kata Harris, diiringi sorakan daripada penyokong. – AFP

    Naib Presiden AS dan calon presiden Demokrat 2024, Kamala Harris bercakap pada acara kempen di Atlanta, Georgia, pada 30 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda