Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    ICC mulakan siasatan aktiviti Rusia

    MOSCOW, 3 MAC – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine, kata Pendakwa ICC, Karim Khan.

    “Saya baru sahaja memberitahu Pejabat ICC mengenai keputusan saya untuk meneruskan dengan segera siasatan aktif dalam situasi itu. Kerja-kerja pengumpulan bukti sudah dimulakan,” kata Khan dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

    Beliau menambah bahawa ICC akan memberi tumpuan kepada objektif utama organisasi iaitu dalam memastikan akauntabiliti bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah.

    Minggu lalu, Rusia melancarkan operasi khas selepas republik pemisah Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada serangan berterusan oleh tentera Ukraine. Negara-negara Barat mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rusia dan mening-katkan tekanan sekatan terhadap Rusia. – Bernama

    ICC memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia yang dikatakan sebagai jenayah perang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...