Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Isteri, anak perempuan Biden dilarang memasuki Rusia

MOSCOW, 28 JUN – Isteri dan anak perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah diharamkan daripada memasuki Rusia, bersama 23 orang warga Amerika yang lain, kata kementerian luar Rusia kelmarin.

“Sebagai reaksi terhadap sekatan AS yang sentiasa berkembang terhadap tokoh politik dan masyarakat Rusia, seramai 25 orang warganegara Amerika ditambah ke dalam ‘senarai sekatan’,” kata kementerian itu dalam nota yang disertakan bersama senarai tersebut.

Senarai itu menampilkan beberapa orang senator AS, termasuk Susan Collins dari Maine, Mitch McConnell dari Kentucky, Charles Grassley dari Iowa dan Kirsten Gillibrand dari New York. Ia juga termasuk beberapa orang profesor dan penyelidik universiti dan bekas pegawai kerajaan AS. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -