Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan kereta api runtuh di sempadan AS-Kanada

    FORT FRANCES, 18 OGOS – Jambatan kereta api berusia lebih 100 tahun yang merentasi sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada berhampiran bandar International Falls, Minnesota dan Fort Frances, Ontario, telah runtuh, dan tidak jelas bila kawasan itu akan dibuka semula kepada lalu lintas air di sepanjang Sungai Rainy.

    Tiada kereta api yang terlibat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian runtuhan pada Rabu lalu, menurut Minneapolis Star Tribune. Punca kejadian masih dalam siasatan.

    Beberapa kesan ‘minyak hidraulik yang boleh terbiodegradasi dan bukan toksik’ telah dilihat di dalam sungai, tetapi pasukan alam sekitar berjaya membendungnya dan sedang berusaha untuk mendapatkan semula cecair tersebut, kata Canadian National Railway. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda