Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ‘Jangan terlalu fikir Piala Dunia’

    DOHA, 29 NOV – Jurulatih Senegal, Aliou Cisse pada Isnin mengingatkan pemainnya supaya tidak terlalu memikirkan aksi Piala Dunia mereka menentang Ecuador, yang mana mereka perlu menang untuk mara ke kelompok 16 terakhir.

    Senegal bangkit semula daripada kekalahan menentang Belanda semasa perlawanan pembukaan dengan mengalahkan negara tuan rumah, Qatar, tetapi juara Afrika itu ketinggalan satu mata di belakang Belanda dan Ecuador dalam Kumpulan A.

    “Kami faham hanya kemenangan yang akan membawa kami mara ke peringkat seterusnya, dan itulah apa yang kami mahu lakukan,” kata Cisse.

    Senegal tersingkir dalam peringkat kumpulan semasa Piala Dunia 2018.

    Cisse berkata skuadnya berjanji tidak akan terlalu memikirkan mengenai perlawanan menentang Ecuador walaupun bebannya kian terasa.

    “Kami OK, kami sentiasa berdepan dengan tekanan. Bagi saya, ia adalah tekanan yang baik. Kami bekerja keras setiap masa. Kami telah berusaha selama bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini.”

    Bekas pemain Paris Saint-Germain dan Birmingham City itu yang mengambil alih tugas jurulatih Senegal pada tahun 2015 berkata, pasukannya perlu kekalkan perspektif yang betul.

    “Bola sepak bukanlah peperangan. Tiada siapa yang akan mati daripada pertarungan ini. Saya harap begitulah. Namun, ini adalah pusingan penentuan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...