Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Jepun lancar satelit intel intip Korea Utara

    TOKYO, 26 JAN – Jepun berjaya melancarkan roket yang membawa satelit perisikan kerajaan dalam misi untuk melihat pergerakan di tapak tentera di Korea Utara dan juga untuk meningkatkan tindak balas bencana alam, kelmarin.

    Roket H2A, yang dilancarkan oleh Mitsubishi Heavy Industries Ltd., berjaya dilepaskan dari Pusat Angkasa Tanegashima di barat daya Jepun, membawa satelit peninjau IGS-Radar 7 sebagai sebahagian daripada usaha Tokyo untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya, memetik bahawa ancaman semakin meningkat di Timur Asia.

    Satelit Perisikan boleh menangkap imej di permukaan bumi 24 jam sehari dan walaupun dalam keadaan cuaca yang teruk. Jepun melancarkan program IGS selepas peluru berpandu Korea Utara melintasi udara Jepun pada 1988, mendorong Jepun menyediakan rangkaian 10 satelit untuk mengesan dan memberi amaran awal pelancaran peluru berpandu. Satelit juga boleh digunakan untuk pemantauan terhadapa bencana.

    “Kerajaan akan memaksimumkan penggunaan IGS-Radar 7 dan satelit peninjau lain untuk melakukan yang terbaik untuk keselamatan negara dan pengurusan krisis Jepun,” kata Perdana Menteri Fumio Kishida dalam satu kenyataan kelmarin sambil memuji kejayaan pelancaran itu.

    Kerajaan Kishida pada Disember mengguna pakai strategi keselamatan negara baharu, termasuk memiliki peluru berpandu jarak jauh sebagai keupayaan serangan balas, yang melanggar prinsip pertahanan diri sahaja selepas perang dunia, menyaingi kemajuan senjata pesat di China dan Korea Utara.

    Kemungkinan serangan balas yang bertujuan untuk menghalang serangan musuh memerlukan kemajuan ketara dalam pengumpulan risikan dan keupayaan keselamatan siber, serta bantuan penting daripada sekutu Jepun, Amerika Syarikat, kata pakar. – AP

    Jepun berjaya melancarkan roket yang membawa satelit perisikan kerajaan dalam misi untuk melihat pergerakan di Korea Utara untuk meningkatkan keupayaan ketenteraannya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...