Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara Kenali ASEAN di SMRIPAS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Seramai 200 orang pelajar Tahun 7 dan 8 Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SMRIPAS) telah menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Dayang Hajah Adimah binti Haji Said, Pengetua Sekolah dan para tenaga pengajar.

    Jerayawara yang diadakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI adalah sebagai usaha untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini.

    Taklimat disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN.

    Taklimat Kenali ASEAN yang disampaikan oleh Awang Eddy Iswandy.
    Antara pelajar yang hadir semasa jerayawara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda