Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara kurangkan pandangan negatif kesihatan mental

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Jerayawara Kesihatan Mental dan Kesejahteraan di Tempat Kerja Satu Hak Asasi di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, kelmarin.

    Jerayawara itu merupakan kesinambungan jerayawara ke kementerian-kementerian bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.

    Setakat ini, jerayawara telah diadakan di sembilan buah kementerian yang berlainan, yang diadakan pada setiap bulan bermula bulan Oktober 2023.

    Hadir pada acara itu serta menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Ketua Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dayang Nor Syahmun binti Haji Matassan.

    Semasa jerayawara, dua pengongsian ilmu berkaitan kesihatan mental juga telah disampaikan oleh dua orang ahli panel profesional iaitu Psikologis, Kementerian Kesihatan, Yap Ai Peng, dan Penolong Kaunselor, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Fariszal bin Ali.

    Suasana semasa jerayawara tersebut diadakan. – GAMBAR SERAHAN PUSAT PROMOSI KESIHATAN
    Antara pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang menghadiri acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PUSAT PROMOSI KESIHATAN

    Antara lain tujuan jerayawara itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan orang ramai khususnya dalam pencegahan penyakit mental dan pengurusan kesihatan mental, di samping sebagai satu wadah untuk mengongsikan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan diri serta berhasrat mengurangkan stigma sosial dan pandangan negatif terhadap isu-isu berkaitan kesihatan mental khususnya dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

    Pada masa yang sama, ia juga diharap menjadi satu platform pembarigaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan mental dan kesejahteraan diri yang terdapat di negara ini, sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.

    Jerayawara itu dianjurkan dengan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta dikendalikan bersama dengan sokongan padu daripada Bahagian Kaunseling, Jabatan Perkhidmatan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Clarity Sdn Bhd.

    Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda