Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara pamer model Maxus, MG terkini

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Bagi memberikan kesedaran awam mengenai model-model Maxus dan MG dan promosi terkininya, GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama berkenaan di Brunei telah menganjurkan jerayawara selama lima hari bermula hari ini di The Mall, Gadong.

    Semasa jerayawara itu, para pelanggan berpeluang untuk bertemu dengan konsultan jualan Maxus dan MG untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model-model terkini Maxus dan MG.

    Antara model yang dipamerkan ialah Maxus Mifa Luxurious dan Premium serta MG HS, MG ZS, MG 5 dan Maxus T60.

    Di samping itu, para pengunjung juga layak untuk mendapatkan promosi yang ditawarkan oleh GHK Sdn Bhd iaitu tinted V-Kool bagi pembelian model Mifa di sepanjang jerayawara itu.

    Orang awam yang ingin mengetahui lebih lanjut dengan tawaran berkenaan atau ingin melihat lebih dekat kereta-kereta yang dipamerkan, dijemput datang mengunjungi jerayawara Maxus dan MG berkenaan.

    ATAS & BAWAH : Antara model yang dipamerkan dalam jerayawara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda