Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Julkarnain juara pertandingan Beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Julkarnain bin Haji Husin dari Pasukan SA Bladers (SAB) membawa pulang hadiah utama sebuah split airconditioner 1hp apabila muncul juara pertandingan Beyblade X King of Low Flat setelah menewaskan Nur’Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi dari Pasukan DB dengan kiraan 6-0 dalam perlawanan akhir.

    Ia dianjurkan oleh DBos Beys (DB) Beyblade Brunei Darussalam bertempat di Teratak DBos di Kampung Mengkubau Mentiri.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin dari Pasukan SAB dan di tempat keempat disandang oleh Nur’Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi dari Pasukan DB.

    Sementara hadiah sagu hati lapan teratas dimenangi oleh Massuny bin Haji Mohid dari Pasukan Underground X (UGX), Junaidi bin Haji Mohd Yussof juga dari PasukanUGX dan Mohd Azmi bin Jamil dari Pasukan DB.

    Dalam pertandingan berasingan Gear Flat Battle anjuran Jakusha Bladers (JB) juara disandang oleh Haris Abdullah dari JB.

    Dalam perebutan Liga JB bagi tahun 2024/2025, Pasukan SAB terus mengungguli carta liga dengan memperoleh 91 mata diikuti Pasukan JB dengan 69 mata, Pasukan DB 57 mata dan Pasukan UGX memperoleh 37 mata.

    Antara aksi para peserta semasa perlawanan Beyblade tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda