Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jun Hao singkir Jonatan Christie

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao terus melakar kejutan apabila mengetepikan cabaran pemain ranking ketiga dunia dari Indonesia, Jonatan Christie pada pusingan pertama Terbuka Indonesia 2024 hari ini. 

    Pemain di ranking ke-32 dunia itu bagaimanapun dipaksa bermandi peluh dalam pertarungan 62 minit di Stadium Istora, Senayan di Jakarta dengan meraih kemenangan set pertama 21-13 sebelum tewas pada set kedua 16-21 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

    Di set penentuan, Jun Hao mempamerkan permainan cukup baik dengan mengutip satu persatu mata untuk mendahului di depan Christie sebelum menoktahkan kemenangan 21-12 dalam pertemuan kali pertama kedua-dua pemain itu.

    Menanti Jun Hao di pusingan kedua antara Chou Tien Chen dan Lin Chun Yi dari Taiwan yang akan bertemu dalam satu lagi aksi pusingan pertama hari ini.

    Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi dua beregu Malaysia iaitu beregu wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan beregu campuran Yap Roy King-Valeree Siow apabila terkandas seawal pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 itu hari ini. 

    Vivian-Chiew Sien tewas 17-21 dan 18-21 kepada beregu Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam sementara Roy King-Valeree tewas 21-19, 13-21, 18-21 kepada beregu China Jiang Zhenbang-Wei Yaxin. – Bernama

    Gambah hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda