Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Kadar pengangguran Sabah menurun suku ketiga

    KOTA KINABALU, 29 NOV – Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar pengangguran di Sabah menurun kepada 8.2 peratus atau 174,200 orang dalam suku ketiga tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata angka itu dilihat menurun berbanding 8.6 peratus atau 177,000 orang dalam suku kedua tahun ini, dan 9.1 peratus atau 188,300 orang pada suku pertama tahun sama.

    “Statistik itu menunjukkan ke-berkesanan program berimpak tinggi seperti Pitchborneo, karnival pekerjaan, latihan teknikal dan vokasional, keusahawanan, dan pelbagai latihan kemahiran dan peningkatan kompetensi belia serta siswazah, membolehkan mereka lebih berdaya saing di pasaran pekerjaan.

    “Keseluruhan seramai 15,554 orang belia telah mendapat pekerjaan sepanjang 2022, melalui pelbagai inisiatif KSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah),” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Sabah 2023.

    Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata Sabah berjaya melepasi sasaran ketibaan pelancong tahun ini iaitu 1.3 juta pelancong dalam hanya tempoh 10 bulan.

    Beliau berkata dalam tempoh 10 bulan itu, Sabah menerima seramai 1,356,056 pelawat dengan anggaran RM2.4 bilion perbelanjaan pelancongan diterima Negeri di Bawah Bayu itu, menunjukkan peningkatan 752.9 peratus berbanding kedatangan pelancong tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...