Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal layar mewah karam: Harapan temui mangsa terselamat tipis

    PORTICELLO, 21 OGOS – Usaha mencari disambung semula untuk hari ketiga ke atas bangkai kapal layar mewah yang karam di Sicily, dengan harapan semakin tipis untuk menemui enam penumpang yang hilang dalam keadaan hidup.

    Operasi pencarian, yang melibatkan penyelam pakar dibantu oleh dron dalam air, diteruskan sehingga lewat malam kelmarin dan disambung semula pada awal pagi hari ini, kata anggota bomba.

    Kapal layar sepanjang 56 meter yang berdaftar di bawah bendera British, Bayesian, berlabuh kira-kira 700 meter dari Porticello dengan 10 anak kapal dan 12 penumpang di atasnya apabila ia dilanda puting beliung mini sebelum subuh pada Isnin.

    Satu mayat ditemui beberapa jam selepas kapal itu tenggelam, dipercayai tukang masak kapal layar itu, yang dikenali dalam beberapa media sebagai Recaldo Thomas dari Kanada-Antigua. Lima belas orang yang lain telah diselamatkan.

    Namun, taikun teknologi UK, Mike Lynch dan anak perempuannya yang remaja, Hannah; peguamnya, Christopher Morvillo dan isterinya, Neda; serta pengerusi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer dan isterinya, Judy, masih hilang.

    Wartawan AFP melihat aliran bot yang berterusan keluar masuk pada pagi hari ini dari pelabuhan Porticello, timur Palermo, membawa penyelam pergi dan balik dari lokasi pencarian. – AFP

    Sebuah bot penyelamat Vigili del Fuoco, Pasukan Bomba dan Penyelamat Itali kelihatan di luar Porticello dekat Palermo, pada 20 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda