Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal udara China selesaikan penerbangan antara wilayah pertama

    BEIJING, 21 OGOS – Kapal udara awam berpenumpang, AS700 yang dibangunkan oleh China telah berjaya menyempurnakan penerbangan feri antara wilayah pertamanya, menandakan pencapaian penting dalam pembangunan teknologi penerbangan negara itu, menurut Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC), hari ini.

    AVIC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kapal udara tersebut menempuh jarak kira-kira 1,000 kilometer dalam penerbangan feri tersebut, sekali gus mencatatkan rekod jarak dan daya tahan terpanjang bagi kapal udara berpenumpang buatan tempatan.

    Penerbangan bermula pada pagi kelmarin (waktu tempatan) dari lapangan terbang di Jingmen, wilayah Hubei, dan melintasi wilayah Hunan sebelum tiba dengan selamat di Guilin, wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, pada tengah hari tadi (waktu tempatan).

    Kapal udara itu juga melakukan dua hentian di lapangan terbang tempatan sepanjang perjalanan.

    Penerbangan tersebut berlangsung selama 12 jam 44 minit dengan ketinggian antara 500 hingga 1,990 meter serta kelajuan antara 60 hingga 80 kilometer sejam.

    AS700, yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Kenderaan Khas AVIC, merupakan kapal udara berpenumpang tunggal yang mampu membawa 10 orang termasuk seorang juruterbang.

    Ia mempunyai berat berlepas maksimum 4,150 kilogram, jarak penerbangan maksimum 700 kilometer dan daya tahan maksimum 10 jam. – Xinhua

    Kapal udara AS700 yang dibangunkan secara bebas China telah menyelesaikan penerbangan feri rentas wilayah pertamanya pada 21 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda