Banglo mewah pelakon Tom Hanks terselamat daripada kebakaran yang sedang melanda di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Daily Mail, rumah di kawasan kejiranan aktor itu yang terletak di Pacific Palisades kebanyakan sudah hangus terbakar namun kediamannya terselamat.
Menerusi beberapa foto yang tersebar di media sosial, rumah seluas 4,513 kaki persegi di tepi tebing masih tersergam indah.
Tom membeli rumah itu pada tahun 2010 yang memiliki empat bilik tidur dan lima bilik air serta dilengkapi kolam renang.
Pasangan ini bagaimanapun mempunyai rumah lain di Malibu yang turut terjejas akibat kebakaran namun tidak dapat dipastikan keadaannya.
Sementara itu, anaknya kepada Tom iaitu Chet Hanks sempat menitip doa selepas banyak rumah jirannya musnah terbakar.
“Kejiranan tempat saya dibesarkan sedang terbakar ketika ini. Berdoa untuk Pacific Palisades!,” ujarnya.
Kejiranan Tom turut didiami beberapa selebriti lain seperti Anna Faris, Billy Crystal, John Goodman, Steve Gutten berg, dan Eugene Levy namun kediaman mereka sudah hangus terbakar.
Sejak Selasa lalu, kebakaran hutan di Los Angeles telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan 180,000 mangsa terpaksa berpindah. – Agensi